• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Rakan Didakwa Samun RM242,222, Guna Pisau Pemotong Kertas

oleh Mohd Arshad
08/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kereta Terbabas, Terbalik Selepas ‘Aksi’ Pandu Melulu, Himpit
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap pertuduhan menyamun seorang lelaki, wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM242,422 dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas Isnin lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

C Sureshkumar, 33, dan N Siralan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Mereka didakwa melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas terhadap J Melvin Dass, 36, dengan merampas beg galas syarikatnya yang mengandungi wang tunai di sebuah pejabat di kawasan Brickfields pada 11.30 pagi 1 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dikenakan bagi setiap tertuduh, namun peguam Calvin Lim Sin Guan yang mewakili Sureshkumar dan peguam Charanpal Singh yang mewakili Siralan merayu jaminan minimum kerana kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Mei ini.

Bernama-

Tags: dua rakanPisau Pemotong Kertassamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd