Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Penempatan Banjir Dibuka...

KUALA TERENGGANU - Sebuah pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Surau...

Liga Malaysia 2020 Bermula...

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia (Liga M)...

Model Sabah Tayang Payudara...

Bekas peserta program Dewi Remaja, Shana Avril yang ditahan pihak polis setelah mencetuskan...

Hormat Masuk Masjid, Ramai...

Walaupun berlainan pegangan agama, namun ketika menjejakkan diri masuk ke rumah ibadah, apa...

Komen Jelik Nahas Helikopter: Peniaga Hidap Bipolar Didenda RM23,000

TAIPING: Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengeluarkan komen jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas ketika menjalani latihan di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada 23 April lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Nabisha Ibrahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Saifuddin Shafik, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu, dan mengarahkannya dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

“Hukuman ini diharap menjadi pengajaran kepada kamu supaya tidak mengulangi kesalahan begini, dan orang awam supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial. Gunakan media sosial secara berhemah,” kata hakim itu.

Saifuddin turut membuat permohonan maaf atas perbuatannya, kepada ahli keluarga mangsa, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang awam, secara terbuka di dalam mahkamah.

“Ketika membuat hantaran itu, saya sedar. Saya amat menyesali perbuatan saya dan tidak mungkin bagi saya membuat hantaran berkenaan sekiranya saya tidak ada penyakit bipolar.

“Di sini, saya minta maaf secara tulus ikhlas kepada ahli keluarga mangsa, pihak ATM dan mana-mana orang awam yang terkesan dengan hantaran saya,” katanya yang membayar denda itu.

Saifuddin berkata, dia akan menyahaktifkan akaun X miliknya untuk mengelak perkara itu daripada berlaku pada masa depan.

“Saya memang amat menyesal dengan tingkah laku saya yang tidak wajar dilakukan sesiapapun dalam keadaan tragedi seperti ini,” katanya.


Saifuddin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik menerusi perkhidmatan aplikasi X dengan menggunakan nama profil ‘Saifuddin Shafik @saishafik’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu jam 1.15 tengah hari 23 April lalu, dan kandungan itu dibaca di Gedung Sari Jalan Harmoni, Pusat Bandar Bagan Serai, pada jam 6.30 petang hari sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Ia memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Perak, Wan Azimah Yaacob, memohon hukuman berat dikenakan supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi mesej kepada tertuduh serta orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah, tambahan pula kesalahan itu telah melukakan hati pengadu, waris dan seluruh rakyat negara ini.

Peguam, Amin Othman yang mewakili Saifuddin, bagaimanapun merayu hukuman berbentuk denda dikenakan atas alasan tertuduh yang berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500, perlu menanggung isteri dan ibu bapa.

Amin berkata, faktor kesihatan anak guamnya yang didiagnosis menghidap penyakit bipolar sejak 2011, juga perlu diambil kira, selain Saifuddin menerima rawatan di beberapa pusat perubatan hingga 2023 dan ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori