• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mengaku Salah Bunuh 7 Staf Agensi Bantuan Di Gaza

oleh AK-47
06/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Israel Mengaku Salah Bunuh 7 Staf Agensi Bantuan Di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akhirnya mengakui kesilapan tentera mereka membunuh kakitangan agensi bantuan ketika banyak pihak menggesa rejim Tel Aviv mendedahkan butiran lanjut laporan siasatan mereka secara telus.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Laporan insiden yang meragut tujuh nyawa staf World Central Kitchen (WCK) menemui kesilapan serius dan pelanggaran prosedur oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang membawa kepada pemecatan dua pegawai tinggi dan seorang komander kanan menerima teguran rasmi.

Ketua Mekanisme Penilaian dan Pencari Fakta IDF, Yoav Har-Even berkata, pasukan terlibat serangan itu kononnya tidak dapat melihat dengan jelas logo WCK pada bumbung kenderaan tersebut kerana keadaan gelap.

“Mereka menyangka terdapat pejuang Hamas dalam salah sebuah daripada tiga kereta berkenaan. Serangan kemudiannya dilancarkan. Tindakan melulu itu melanggar prosedur operasi standard IDF,” ujarnya.

Jelasnya lagi, siasatan itu mendapati tentera Israel tersilap membuat pengecaman suspek hingga ia bertindak melancarkan dron menyasarkan tiga kenderaan WCK pada lewat malam Isnin.

Insiden pembunuhan ke atas tujuh staf agensi bantuan termasuk warga Britain, Australia dan Poland itu telah mengundang kemarahan komuniti global sepanjang minggu lalu.

Bagi menutup kesilapan memalukan itu, rejim Tel Aviv mengumumkan ia akan memberikan akses sementara kepada penghantaran bantuan ke kawasan utara Gaza melalui lintasan sempadan Erez yang kini diancam kebuluran.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang potensi untuk melakukan anjakan paradigma terhadap dasar mereka berhubung kempen pengeboman ganas Israel di Genting Gaza.

-Sinar Harian

Tags: Agensi BantuanGazaIsraelPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd