• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Al-Shifa Umpama Cangkerang Kosong Dengan Pusara Manusia – WHO

oleh Mohd Arshad
07/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kertas Siasatan Dr Akmal Dijangka Siap Dalam Tempoh Tujuh Hari – KPN
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata, kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan terkini Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dalam hantarannya di laman X bahawa satu pasukan daripada WHO dan rakan kongsi melawat Al-Shifa untuk menilai keadaan di hospital itu selepas tentera Israel menamatkan kepungan dan serangan selama dua minggu ke atas kemudahan itu yang mengakibatkan kemusnahan besar dan kematian pesakit dan staf perubatan.

“@WHO dan rakan kongsi berjaya sampai ke Al-Shifa – satu ketika dahulu adalah tulang belakang sistem kesihatan di #Gaza, yang kini umpama sebuah cengkerang kosong dengan pusara manusia selepas kepungan dan serangan terkini. Pasukan itu menyaksikan sekurang-kurangnya lima mayat semasa lawatan itu,” kata Ghebreyesus.

“Kebanyakan daripada bangunan di kompleks hospital itu musnah dan majoriti daripada asetnya rosak atau musnah menjadi abu. Malah untuk memulihkan fungsi minimum hospital itu dalam jangka masa pendek adalah mustahil,” katanya.

Beliau menekankan keperluan melakukan satu penilaian mendalam oleh sepasukan jurutera untuk memastikan sama ada bangunan yang tinggal selamat untuk kegunaan akan datang.

Misi yang diketuai WHO akhirnya dapat memasuki hospital itu pada Jumaat selepas pelbagai usaha gagal sejak 25 Mac lepas.

Beliau berkata, usaha terbaharu WHO dan rakan-rakan kongsi lain untuk menghidupkan kembali perkhidmatan asas di Hospital Al-Shifa kini terhenti dan penduduk di sana sekali lagi tidak dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dan untuk menyelamatkan nyawa.

Menurut WHO, daripada 36 hospital utama di Gaza, hanya 10 yang tinggal dan tidak berfungsi sepenuhnya.

Ghebreyesus berkata, tindakan segera diperlukan di Gaza memandangkan peningkatan kebuluran, penularan penyakit dan kecederaan trauma dalam kalangan penduduk Gaza yang terperangkap.

Beliau menyeru kepada perlindungan kepada kemudahan kesihatan yang tinggal di Gaza, pekerja perubatan dan bantuan kemanusiaan selain daripada membuka laluan tambahan bagi memudahkan akses ke utara Gaza.

Beliau juga menyeru kepada sebuah mekanisme penyelesaian konflik, tiada halangan kepada bantuan kemanusiaan ke seluruh Semenanjung Gaza dan satu gencatan senjata.

Bernama-

Tags: Cangkerang KosongGazaHospital Al-Shifawho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

03/04/2026
0

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd