Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

BN Yang Bina Kekuatan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengukuhan ekonomi Malaysia sekarang yang...

Video: Selepas Makan KFC,...

Sekiranya anda dihidangkan dengan sejumlah makanan yang mempunyai 10 ribu kalori, mampukah anda...

“Kami Sebulat Suara Calonkan...

IPOH - Pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak...

Dua Bangunan Tahfiz Tergadai...

KUALA LUMPUR - Kerana mahu menambah pendapatan bagi menguruskan pusat tahfiz, seorang pengetua...

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) gagal untuk menangani kartel daripada terus berleluasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, tindakan MyCC mengenakan penalti berjumlah sekitar RM 415.5 juta kepada lima buah syarikat pengisar makanan ayam sahaja tidak mencukupi.

Katanya, banyak lagi kumpulan kartel yang masih mengawal harga dan belum dikenakan sebarang tindakan.

“Kita mendesak MyCC melaksanakan tindakan sama bagi kartel-kartel yang sudah lama sengaja membuat aturan membunuh pemain-pemain kecil seperti dalam industri beras.

“Adakah kerajaan sekarang hanya menjaga kelompok pengilang besar yang ketika ini dilihat bermaharajalela memonopoli bekalan dari seluruh negara tanpa sebarang kawalan?” soalnya.

Katanya, kegagalan MyCC untuk membanteras kartel akan menyebabkan harga barang akan terus naik dan rakyat semakin hilang kuasa membeli kerana kos sara hidup yang tinggi.

“Jika keadaan ini berlanjutan tanpa tindakan penguatkuasaan pasti akan memperkuatkan lagi kartel-kartel ini memonopoli serta menguasai industri.


“Sekarang kartel-kartel ini menguasai serta menentukan harga. Kesukaran rakyat untuk mendapatkan bekalan ketika ini menjadi bukti penguasaan kartel-kartel ini menguasai pasaran,” katanya.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, MyCC sepatutnya bertindak segera jika ada mana-mana 500 syarikat di Malaysia yang dipantaunya selama ini membentuk kartel.

“Kita mahu menekankan tentang kepentingan penyiasatan berkualiti dalam menangani isu-isu kartel dan rasuah. Strategi yang lebih ampuh diperlukan untuk menangani isu ini,” katanya.

Tambahnya, MyCC seharusnya mampu mengesan dan memberikan impak besar dengan tindakan perundangan yang lebih tegas.

“Kes-kes yang berulang kali dilaporkan mengenai kartel amat mengecewakan terutamanya ketika ramai rakyat sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi yang serius.

“Hanya tindakan yang cepat dan tegas untuk membanteras isu-isu ini dapat meredakan hati rakyat dan memupuk persekitaran perniagaan yang telus serta bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara,” katanya.

-Mynewshub

2 KOMEN

  1. Artikel ini perlu mendapatkan penjelasan daripada MyCC bukan hanya menuding jari tanpa mengetahui pandangan dari sudut MyCC itu sendiri. Sekiranya penulis ingin maklumat lanjut boleh datang ke pejabat MyCC. Thank you

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori