• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Akmal Ditahan Bantu Siasatan Akta Hasutan, Komunikasi – KPN

oleh Mohd Arshad
05/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, EXCO Melaka itu ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya tentang isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Menurut Razarudin, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bagi membolehkan siasatan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah dijalankan.

Akmal akan dirakam percakapan berhubung siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selepas semua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah ini memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi Facebook mengesahkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya sambil bertegas, tidak akan berganjak walau seinci daripada pendiriannya.

Dr Akmal juga memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penahanan itu.

“No fear, no surrender,” katanya sebelum dibawa beredar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sambil tersenyum.

Pada 26 Mac lalu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking itu.

Pada 3 April pula menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong bertitah Chai telah memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu berkenaan.

BHonline-

Tags: ditahanDr Akmalisu stoking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd