Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Siasatan Terperinci Kematian Pelajar...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu siasatan terperinci dilakukan berhubung kes kematian seorang...

Pelaburan China Di Malaysia...

BEIJING - Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan...

7 Individu Terbabit Kumpulan...

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu termasuk dua warga Filipina terbabit dengan kegiatan...

Tempatkan Premis Perniagaan Kea...

CAMERON HIGHLANDS - Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta...

8.4 Juta Terima STR Fasa 2 Rabu Ini – Anwar

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20 peratus kepada RM1.5 bilion, berbanding RM1.26 bilion pada tahun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah menangani peningkatan kos sara hidup.

Katanya, seramai 8.4 juta penerima STR Fasa 2 bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM650 pada Rabu ini.

“Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

“Insya-Allah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara, termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.

Bayaran STR itu turut disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.


Mulai tahun ini, MOF memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Justeru, MOF ingin menasihati penerima STR supaya sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori