• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Terbabas Langgar Treler Tepi Jalan

oleh Mohd Arshad
21/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guru Didakwa Perdagang Wanita Untuk Eksploitasi Seks
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama dua yang lain terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 35, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di sini pada Khamis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Noor Habibi Hamid, 55 beralamat dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Umar Abdul Azizi, 24 cedera di kepala manakala seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19 patah lengan dan luka di bahagian kaki.

Menurutnya, pemandu treler, Zambri Mat Yunus, 46, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa yang dipandu anak saudaranya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Merapoh.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebuah treler membawa muatan air minuman yang diparkir di tepi jalan kerana pemandunya berhenti rehat,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

SinarHarian-

Tags: kereta terbabasmautWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd