• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Suai Rumah Teres Seperti Taska, Rupanya Sorok Dadah

oleh AK-47
22/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Ubah Suai Rumah Teres Seperti Taska, Rupanya Sorok Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Helah sindiket dengan menjadikan sebuah rumah teres yang diubah suai menyerupai pusat penjagaan kanak-kanak sebagai stor simpan bekalan dadah terbongkar selepas diserbu polis, pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, serbuan pertama di Cheras, Kuala Lumpur berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun.

“Soal siasat kemudian membawa serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Dagang, Ampang di Selangor yang membawa rampasan dadah bernilai RM10.8 juta.

“Dadah yang dirampas ialah 213 kilogram (kg) syabu, 90 kg pil eramin 5 serta 3 kg heroin base,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ialah ubah suai rumah terbabit seperti pusat jagaan kanak-kanak atau taska dengan lakaran gambar kartun dan lukisan yang berwarna-warni bagi mengaburi pihak berkuasa.

Tambahnya, sindiket yang aktif sejak hujung tahun lalu dipercayai menyewa rumah itu dengan bayaran RM3,000 sebulan.

“Suspek berperanan sebagai pembawa dadah dengan dibayar upah RM20,000 berdasarkan penghantaran yang dibuatnya. Dadah itu dipercayai dibawa dari utara semenanjung sebelum diletakkan di rumah terbabit,” ujarnya.

Tegas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket serta memanggil pemilik rumah terbabit.

“Suspek direman tujuh hari sehingga 26 Mac untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Justeru, Allaudeen menyeru masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dan dadah khususnya di ibu negara dapat diambil tindakan.

-Sinar Harian

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd