Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Budak Tangan Terperosok Di...

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah hari ini menyampaikan bantuan kepada...

Demi Staf, CEO Hyundai...

ANKARA - Sempena Ramadan, umat Islam kian di seluruh dunia memperbanyakkan ibadah selain...

Urus JDT Ibarat Jaga...

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi...

4PM Bantah Cara Bank...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) membantah pendekatan yang...

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 10 Mac

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Tarikh melihat anak bulan Ramadan 2024 ditetapkan pada petang 10 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dan telah dipersetujui Majlis Raja-Raja.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja turut memaklumkan, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih.

Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (Menara Kuala Lumpur) serta Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.


Lokasi lain turut terpilih ialah Pontian Kecil (Johor); Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat) dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Senarai lain, Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang) manakala di Kedah, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Lokasi turut terpilih di Terengganu ialah Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu) manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Tiga tempat di Sarawak pula ialah Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu) dan satu lokasi di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta tiga di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindung, Kuantan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori