• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Syarikat Milik Mahadi Tiada Lesen Aktiviti Pelaburan’ – Bukit Aman

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung kedudukan syarikat pelaburan milik usahawan, Mahadi Badrul Zaman, 40, yang disahkan tidak mempunyai lesen.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya selari dengan suruhanjaya terbabit bahawa syarikat berkenaan tiada lesen untuk menjalankan aktivitinya.

“Berdasarkan kenyataan dikeluarkan SC, syarikat itu beroperasi tanpa lesen dan kita berpegang kepada perkara sama. Sudah tentu SC lebih mengetahui kerana di bawah bidang mereka.

“Di pihak PDRM, belum ada laporan diterima mengenainya, tapi kita bersama-sama SC menentukan bahawa ianya setakat ini tidak berlesen untuk menjalankan kegiatan sedemikian (pelaburan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Portal Semakmule 2.0 di pusat beli-belah Midvalley di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat milik Mahadi tidak mempunyai lesen atau berdaftar dengan SC untuk menjalankan sebarang aktiviti terkawal.

SC dalam kenyataannya, memaklumkan, syarikat AUF MBZ Consortium PLT didapati menjalankan urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai (unlisted public company atau UPC) tanpa memegang lesen daripada SC.

Susulan itu nama dan syarikat berkenaan dimasukkan dalam senarai peringatan pelabur untuk mengenal pasti sama ada individu dan entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan, atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya mengesan segelintir syarikat pelaburan melakukan penipuan dengan menjanjikan pulangan tinggi sebelum menghentikan operasi menyebabkan pelabur menanggung kerugian.

“Ada syarikat yang hanya ditubuhkan untuk menerima pelaburan dan berhenti setengah jalan. Mereka akan kata minta maaflah kami sedang disiasat oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan PDRM, selain kononnya baru dikenakan tindakan bankrap.

“Jadi habis yang melabur puluhan ribu, ratus ribu, jutaan ringgit dan sebagainya. Ia boleh dinoktahkan begitu saja. Sebab itu kita perlu ada jaminan dan pengetahuan mengenai pelaburan,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya melakukan semakan terlebih dahulu mengenai syarikat pelaburan berkenaan sebelum membuat sesuatu pelaburan.

BHonline-

Tags: Lesen Aktiviti PelaburanMahadi Badrul ZamanPDRMSC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd