• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Perumahan Madani Akan Diperincikan Di Sekitar Kuala Lumpur

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Skim Perumahan Madani Akan Diperincikan Di Sekitar Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memperincikan Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau dalam kenyataan berkata JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 semalam.

Semalam Anwar mengumumkan Skim Perumahan MADANI akan diwujudkan untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik atas tanah rizab Melayu dalam kadar segera bagi menjamin kesejahteraan kaum itu di bandar.

Zaliha berkata pelaksanaan projek dan inisiatif di bawah penyeliaan JWP dan agensi terlibat khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan akan dipadankan dengan tiga isbat KEB 2024 dalam usaha memperkasa pembangunan dan kemajuan Bumiputera.

Beliau berkata menerusi isbat itu, golongan Bumiputera, khususnya di Wilayah Persekutuan akan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dalam mendepani cabaran dan peluang masa hadapan.

Tiga isbat yang digariskan adalah memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial.

Selain itu, Dr Zaliha berkata JWP juga akan menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk melatih seberapa ramai pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam kalangan golongan miskin tegar khususnya Bumiputera, agar mereka menerima tawaran pekerjaan sesuai dengan kemahiran masing-masing seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata inisiatif itu akan diletakkan di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) menerusi inisiatif Upaya@PUJI termasuk menyediakan program untuk golongan rentan supaya dapat keluar daripada kemiskinan.

Zaliha berkata JWP juga akan memudah cara mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam merealisasikan isbat dan inisiatif yang digariskan dalam KEB 2024 jika berkaitan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sesuai dengan pendekatan “whole of nation” atau pendekatan senegara yang digariskan dalam Pelan Tindakan Hala Tuju Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata JWP berterima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan kepelbagaian dana dan inisiatif bagi pembinaan dan penzahiran bumiputera, khususnya warga Bumiputera di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan serta berikrar akan mendukung aspirasi KEB.

Bernama-

Tags: kuala lumpurSkim Perumahan Madani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan

Sidang Kemuncak ASEAN: KL ‘Lockdown’ Penuh, 16,000 Polis Kawal Keselamatan

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd