• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Resolusi Perangi Islamofobia Di PBB Dapat Sokongan Majoriti

oleh Mohd Arshad
17/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Lengkapkan Siasatan Kes Siti Dhia Batrisyia
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Resolusi yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat sokongan majoriti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Resolusi itu diterima pada Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada Jumaat dengan 115 undi menyokong dan tiada undi menentang.

Perhimpunan Agung itu mengutuk perbuatan mengapi-apikan diskriminasi, kebencian atau keganasan terhadap umat Islam seperti yang ditunjukkan dalam insiden pembakaran kitab suci al-Quran, menyerang masjid, premis berkaitan Islam dan tindakan lain yang tidak bertoleransi terhadap agama.

“Penerimaan resolusi itu tepat pada masanya di tengah-tengah peningkatan Islamofobia,” kata Kementerian Luar Pakistan pada Sabtu.”

Resolusi itu dibentangkan dalam Perhimpunan 193 ahli itu oleh Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Terdapat 44 undi berkecuali pada perhimpunan itu antaranya dari Great Britain, India, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah.

Perhimpunan itu juga menggesa pelantikan Perutusan Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia.

Pada Jumaat di Geneva, Nassima Baghli, pemerhati tetap OIC berkata “Islamofobia sedang meningkat berikutan serangan Israel ke atas Gaza.”

Malaysia pula menggesa langkah kukuh diambil bagi menangani Islamofobia sambil mengalu-alukan pelantikan Perutusan Khas PBB bagi tujuan itu.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengenal pasti langkah-langkah kukuh dalam membanteras keadaan dan perlakuan semasa yang memupuk perbuatan-perbuatan keji ini,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat.

Bernama-

Tags: IslamofobiaPBBResolusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd