Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Harga Baja, Racun Naik...

KUALA TERENGGANU : Kenaikan sehingga 100 peratus harga baja dan racun sejak akhir-akhir...

Rani Kulup Rakam Lagu...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecap 'Raja Report Malaysia' iaitu Abdul Rani Kulup...

Tiada Lagi Pegawai JPJ...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu...

Permit Pesta Arak Di...

SHAH ALAM - Selepas gagal dianjurkan di ibu negara, umat Islam di Selangor...

Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri

SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hari ini menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri ini selepas pelaksanaan subsidi bersasar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Tidak betul. Kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat.

“Kerajaan juga mengumumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas kerana bila kita lihat garis masa, kita memang perlukan suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama untuk menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, kerajaan telah jujur kepada rakyat bahawa ia mahu menyediakan semua bantuan dan sistem yang diperlukan sebelum membuat keputusan mengenai subsidi.


“Oleh itu, kami sentiasa menekankan mengenai PADU (Pangkalan Data Utama) kerana kami perlu melaksanakannya dahulu.

“Kita perlu membersihkan data dan memberitahu mereka yang layak untuk mendapat bantuan,” katanya.

Beberapa penganalisis ekonomi sebelum ini mengunjurkan harga RON95 dan diesel apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi produk berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori