• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Semak, Teliti CCTV Di Lokasi Bayi Baru Lahir Maut Dicampak

oleh Mohd Arshad
10/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Semak, Teliti CCTV Di Lokasi Bayi Baru Lahir Maut Dicampak
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menyemak dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bayi lelaki baru lahir ditemukan maut selepas dipercayai dicampak di sebuah kondominium di Sri Petaling di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek yang terbabit sedang giat dijalankan.

“Proses bedah siasat terhadap mayat bayi berkenaan akan dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ku Mashariman berkata, pihaknya meneliti segala kemungkinan dan melakukan siasatan menyeluruh dalam kes berkenaan.

“Ini memandangkan ada unit kediaman di kondominium terbabit yang dijadikan sebagai Airbnb.

“Semakan CCTV di sekitar lokasi kejadian masih berjalan dan belum selesai memandangkan banyak sudut rakaman yang perlu diteliti,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan bayi lelaki masih bertali pusat ditemukan maut di sebuah kondominium di Sri Petaling selepas dipercayai dicampak dari salah satu premis kediaman.

Ku Mashariman dipetik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.30 petang dengan mangsa ditemui dalam keadaan sebahagian daripada kepalanya pecah.

Katanya, bayi berkenaan dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan tinggi dan mengakibatkan sebahagian kepalanya pecah.

-Harian Metro

Tags: CCTVKes Bayi Kena Campakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd