• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
3 Pemilik Syarikat Rugi Hampir RM100,000 Terpedaya Taktik Tipu Beli Jana Kuasa Mudah Alih
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar: Sebuah syarikat tempatan memfailkan saman bernilai RM310 juta ke atas Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah yang didakwa melanggar perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani pada 2020.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam mewakili Kumpulan Aras Niaga Berhad selaku plaintif, Firhat Muhammad Fikri, berkata pihaknya menamakan tiga pihak sebagai defendan dalam writ tuntutan berkenaan iaitu SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kedah.

Katanya, tuntutan ke atas semua defendan difailkan pihaknya pada 25 Mac lalu, selepas SSI mengarahkan Kumpulan Aras Niaga Berhad menyerahkan kembali tanah seluas 255 hektar di Mukim Semeling, Kuala Muda yang dipajak secara sah diserahkan semula kepada SSI.

“Berikutan itu, plaintif menuntut ganti rugi akibat mungkir janji terhadap perjanjian tambahan sebanyak RM300 juta dan ganti rugi atas kerja dibuat plaintif dalam melaksanakan projek di tapak berkenaan sebanyak RM10 juta.

“Kami turut meminta satu perintah spesifik untuk melaksanakan perjanjian tambahan tersebut oleh pihak tersebut dan mengabsahkan niat dan tujuan perjanjian tersebut.

“Selain itu, kami meminta mahkamah mengabsahkan bahawa projek itu adalah termasuk di bawah naungan dan lindungan maksud ‘Pertanian’ di dalam Kanun Tanah Negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aras Niaga Berhad, Datuk Muhamad Annas Mohamad Anuar, berkata pihaknya mempunyai perancangan kerjasama bersama Permodahan Kedah Berhad (PKB) bagi membangunkan lombong bijih besi di tapak berkenaan.

Katanya, syarikat telah mengeluarkan sejumlah modal bagi mengawal tapak berkenaan termasuk melakukan kerja kajian di kawasan berkenaan sebelum membentangkan potensi kegiatan perlombongan bijih besi yang mampu menjana pendapatan kepada negeri.

“Apa yang dikesalkan selepas pembentangan pada Mac 2021, SSI Kedah tidak lagi melayan permohonan kami untuk mendapatkan lesen melombong dan membiarkan status projek ini tergantung, malah dalam pertemuan bersama Pengurus Besar SSI Kedah, kami diminta menyerahkan kembali tanah.

“Mengikut perjanjian, kami mendapat hak pajakan 45 tahun di tapak berkenaan dan mengikut segala syarat ditetapkan bagi memulakan pembangunan lombong bijih besi sehingga peringkat perjanjian tambahan, namun akhirnya tidak diberikan lesen melombong,” katanya.

Sementara itu, SUK Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali berkata, pihaknya mengesahkan menerima notis berkaitan tuntutan saman berkenaan dan sedang meneliti tuntutan yang dibuat pihak berkenaan.

Katanya, kes berkenaan adalah perjanjian lama yang dibuat pentadbiran terdahulu dan pihaknya akan merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan sebarang tindakan lanjut.

HarianMetro-

Tags: samanSSI Kedah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd