• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

oleh Mohd Arshad
04/12/2025
dalam Jenayah
0
Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu kes bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga kes memperoleh wang termasuk kelengkapan perabot barangan elektrik berjumlah 76,829.03 pada 2023 dan tahun lalu.

Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

“Mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya yang memakai baju batik warna hijau.

Mengikut dua pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, bersetuju untuk menerima suapan, sebanyak RM100,000 dan memperoleh RM40,000 daripada ahli peniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.

Bagi dua lagi pertuduhan, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal bermula 2013 itu didakwa menerima kelengkapan perabot dan barangan elektrik masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249.

Ia sebagai dorongan membantu syarikat-syarikat Jiann Cheing, mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, hakikatnya perbuatan itu tiada hubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 November 2023 dan 5 Mac 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan sementara Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat itu diwakili peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad.

Sebelum ini, timbul dakwaan seorang ahli perniagaan telah memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri untuk mendapatkan semula wang yang diberikan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Berikutan itu, Shamsul Iskandar dan Ahli perniagaan, Albert Tei direman enam hari sehingga 4 Disember, sementara seorang lagi individu dikenali Sofia Rini Buyong selama empat hari bagi membantu siasatan.

Untuk rekod Shamsul Iskandar merupakan Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat, pernah menjawat jawatan eksekutif iaitu Timbalan Menteri Industri Utama dari tahun 2018 hingga 2020.

-Sinar Harian

Tags: rasuahShamsul IskandarSuapan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd