• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Teliti Cadangan Peraturan Khas Bendung Pelajar Hisap Vape

oleh AK-47
10/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Teliti Cadangan Peraturan Khas Bendung Pelajar Hisap Vape
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin meningkat ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, selain peraturan khas tersebut, KPM juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mengawal dan menangani urus niaga produk vape khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Di sekolah-sekolah memang sudah ada peraturan dan panduan khas mengenai perkara itu (vape, rokok dan dadah).

“Malah mandat juga sudah diberikan kepada guru-guru di sekolah dalam usaha mengekang penularan trend vape dan merokok ini.

“Selain itu, Insya-ALLAH kita juga akan bersama KKM untuk melihat cadangan (peraturan khas) mengenai peningkatan trend pelajar menggunakan vape termasuk rokok.

“Ini antara komitmen KPM bagi memastikan perkara ini (peningkatan vape) dapat ditangani dan dibendung, malah inisiatif sudah dilaksanakan kementerian bersama pelbagai agensi termasuk AADK,” katanya.

Azman berkata demikian pada sidang akhbar setelah meninjau hari pertama persekolahan bagi sesi 2024/25 di SMK Sultan Ismail (SSI), di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin; Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Saliman Selamat.

Untuk rekod, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 5 Mac lalu mendedahkan seramai 15 pelajar perempuan di setiap sekolah didapati menghisap vape dengan tiga hingga empat daripadanya mengalami ketagihan nikotin yang serius.

Selain itu difahamkan, pengguna yang menghisap vape dan e-rokok pula didapati menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda, ketika ini.

Sementara itu, Azman berkata, isu vape sebenarnya berkait rapat dengan isu disiplin dalam kalangan pelajar.

Oleh itu katanya, kerjasama dengan PDRM, KKM dan AADK sebenarnya sudah lama diadakan dan ia akan berterusan selepas ini bagi memastikan gejala atau trend vape dapat dibanteras dengan sehabis baik.

“Isu disiplin ni sebenarnya membabitkan semua pihak, bukan sahaja guru serta pengurusan sekolah malah ibu bapa dan masyarakat bagi memberikan kesedaran terhadap bahaya rokok dan vape.

“Proses pendidikan bagi menangani isu disiplin sebegini sudah lama dilaksanakan KPM dan kita nampak perkembangan positif kerana dapat komitmen jitu ibu bapa yang tak mahu anak terjebak dengan rokok, vape dan dadah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: KPMPeraturan Khasvape
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Semak, Teliti CCTV Di Lokasi Bayi Baru Lahir Maut Dicampak

Next Post

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

Related Posts

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post
KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd