Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Penjaga Gol Piala Presiden...

KANGAR - Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, terbunuh...

Anak Tun M Bekal...

KAYA.... Selepas kecoh dengan isu Opcom Holdings yang Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri...

Sarawak Isytihar Cuti Kelepasan...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan...

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi...

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri...

KPM Pastikan Isu Kesesakan Murid Di Sekolah Dapat Ditangani – Fadhlina

KUALA LANGAT : Jabatan Pendidikan negeri dan daerah diarah memastikan tiada kesesakan keterlaluan di sekolah berikutan peningkatan kemasukan pelajar bagi sesi 2024/2025 yang bermula semalam di empat negeri dan hari ini bagi negeri selebihnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pelarasan akan dilakukan di sekolah padat pelajar bagi memastikan wujud suasana pembelajaran yang kondusif.

“Saya rasa semua sekolah ada peningkatan (kemasukan pelajar), memang ada sekolah terima peningkatan lebih sedikit. Kemasukan Tahun 1 memang tinggi dan ini menunjukkan komitmen kita memastikan anak-anak berada di sekolah tercapai.

“Cuma, kita kena ‘adjust’ (selaras) kepadatan itu dan barangkali susun kembali. Ia tugas PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan negeri bagi memastikan tiada kesesakan keterlaluan di sekolah, anak-anak dapat belajar dalam suasana yang kondusif,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, di sini hari ini, beliau berkata, setakat ini jumlah guru mencukupi bagi sesi akademik kali ini.

Jika ada isu kekurangan pendidik, beliau memberi jaminan, masalah itu akan diatasi segera dari semasa ke semasa dan bagi isu sekolah kurang murid (SKM), KPM akan terus memantau dan ada perancangan mengenainya.

Dalam isu keciciran murid yang mempunyai masalah status kewarganegaraan, Fadhlina berkata, KPM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan berkaitan perkara itu.


“Ibu bapa boleh berhubung dengan PPD dan Jabatan Pendidikan negeri untuk cari penyelesaian masalah berkenaan. Anak-anak mesti ke sekolah dan sebab itu kita cuba bantu selagi ada ruang berdasarkan kes yang diterima dan mengikut garis panduan KPM,” katanya.

Katanya, KPM komited meningkatkan akses pendidikan kepada seluruh rakyat dan bagi sesi persekolahan baharu, seramai lima juta pelajar dari peringkat prasekolah hingga Tingkatan 5 direkodkan.

Kemasukan bagi Tahun 1 membabitkan 466,799 murid dan Tingkatan 1 melibatkan 478,594 orang dengan Selangor mencatatkan kemasukan tertinggi merangkumi jumlah keseluruhan 927,528 pelajar semua peringkat, termasuk 97,000 murid Tahun 1 dan 91,000 bagi Tingkatan 1.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi negeri menerima kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 paling rendah, masing-masing 1,700 dan 1,600 orang.

Sementara itu, KPM memaklumkan, sebanyak 12 sekolah telah siap dibina dalam tempoh 2023 hingga Februari lalu, namun belum beroperasi, manakala 26 sekolah telah diluluskan untuk dibangunkan menerusi bajet sebelum ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori