• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Minggu Depan – Anwar

oleh Mohd Arshad
16/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 Minggu Depan – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

HAMBURG, Jerman : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan sama ada Malaysia akan menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 akan diputuskan minggu depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Katanya, beliau sedang mengumpul segala maklumat berhubung perkara itu daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan yang berkaitan.

“Kita perlu melihatnya secara menyeluruh sebelum kita membuat sebarang keputusan.

“Hari ini mesyuarat Kabinet. Saya akan meminta mereka membincangkannya dan kami mungkin memuktamadkannya pada minggu depan. Kita tidak boleh menangguhkan keputusan ini,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan rasmi enam harinya ke Jerman hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata, sukan tidak boleh dilihat semata-mata dari segi kepentingan ekonomi dan pelaburan.

“Kita juga perlu memberi ruang, peluang dan galakan kepada atlet kita untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga keperluan untuk melihat Sukan Komanwel dari segi kepentingannya dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan.

“Walaupun Komanwel sendiri menyediakan ratusan juta (pembiayaan) tetapi jika kita, pada masa yang sama, perlu membelanjakan berbilion ringgit sebagai tambahan, keupayaan kita mungkin terbantut.

“Kami akan membincangkan perkara ini secara terbuka. Kami akan mengambil kira semua pandangan sebelum memuktamadkan keputusan itu,” katanya.

Nasib Sukan Komanwel 2026 kini menimbulkan persoalan selepas Victoria, Australia, menarik diri daripada menjadi tuan rumah tahun lalu berikutan peningkatan kos penganjuran daripada awalnya AUD2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada AUD7 bilion (RM21.78 bilion).

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimSukan Komanwel 2026
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd