Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Serangan Kutu Kepala...

Serangan kutu kepala bukanlah satu perkara pelik terutama dalam kalangan kanak-kanak.Biasanya kutu diperoleh...

Akta Baharu Ganti Akta...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta...

Lebih 500 Ribu Mangsa...

KUALA LUMPUR - Lebih 500,000 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelbagai pelaburan haram di...

Apa Relevan Halau Rohingya...

300 ribu pelarian Rohingya kini menyeberangi sempadan Bangladesh. Angka ini naik hampir 100...

Kementerian Luar Rai Duta, Perwakilan Asing Berbuka Puasa

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 700 jemputan, termasuk duta dan perwakilan asing di Kementerian Luar di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), M Thillinadan.

Tetamu disajikan dengan hidangan dan masakan kampung antaranya gulai daging salai, sambal daun kayu dan kerabu sayur.

Mohamad dalam ucapannya berkata, Malaysia beruntung kerana tinggal dalam suasana yang aman jika dibanding dengan sesetengah negara lain yang ditimpa peperangan dan pelbagai lagi.


Justeru, beliau mengajak semua supaya memastikan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini, dijaga dan dinikmati selamanya.

“Bulan Ramadan ini mari kita bersama mengambil kesempatan meningkatkan lagi amal ibadah dan kebajikan kita.

“Mari kita pastikan nikmat keamanan yang dikurniakan ini dapat dinikmati sampai bila-bila,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori