• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Selesai Tahun Pertama Pelepasan Air Radioaktif Terawat

oleh Mohd Arshad
18/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jepun Selesai Tahun Pertama Pelepasan Air Radioaktif Terawat
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO : Loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima telah menyelesaikan tahun pertama pelepasan air radioaktif terawat ke laut walaupun menerima bantahan dari dalam dan luar negara, menurut pengendali loji itu lapor Xinhua.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Ahad berkata loji itu menyelesaikan fasa keempat dan terakhir pelepasan air radioaktif terawat untuk tahun fiskal semasa yang berakhir pada Mac.

Mengikut rancangan awal, lebih 31,000 tan air terawat yang mengandungi tritium radioaktif akan dilepaskan ke laut bermula Ogos 2023 dengan setiap pusingan pelepasan dijalankan selama kira-kira dua minggu.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, pada awal minggu ini menekankan usaha berterusan dalam memantau pelepasan air radioaktif terawat di lautan Jepun dari loji berkenaan susulan lawatan pertamanya ke wilayah Fukushima sejak pelepasan air terawat bermula.

Walaupun kerajaan Jepun dan TEPCO telah menegaskan keselamatan dan keperluan pelepasan air terawat, kebimbangan dibangkitkan dari negara jiran dan pemegang kepentingan tempatan mengenai kesan alam sekitar.

Seorang nelayan dari bandar Shinchi di Fukushima, Haruo Ono berkata semua nelayan membantah pelepasan air radioaktif terawat ke laut.

Menurut beliau, air tercemar itu telah masuk ke kawasan yang mereka anggap bernilai untuk perikanan dan proses berkenaan akan berterusan sekurang-kurangnya selama 30 tahun.

-Berita Harian

Tags: Air Radioaktif Terawatjepun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd