• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Daim Cabar Kesahihan Undang-Undang Kes Dedah Aset

oleh AK-47
05/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isteri Daim Cabar Kesahihan Undang-Undang Kes Dedah Aset
Share on FacebookShare on Twitter

Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin cuba mencabar kesahihan peruntukan undang-undang yang digunakan untuk menuduhnya berhubung pendedahan aset.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pasukan peguam Na’imah Abdul Khalid dari Raj & Sach memfailkan permohonan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur merujuk kepada Mahkamah Tinggi isu sama ada Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 melanggar hak asasinya.

Na’imah meminta Mahkamah Tinggi untuk menentukan sama ada peruntukan itu melanggar hak perlembagaannya daripada dipaksa untuk mengemukakan bukti yang boleh menuduh yang boleh digunakan terhadapnya dan haknya untuk perbicaraan yang adil.

Dia juga memohon perintah penangguhan ke atas kes jenayah pendedahan aset yang belum selesai di hadapan Mahkamah Sesyen, sementara menunggu pelupusan permohonan rujukan.

Pada 23 Jan di hadapan Mahkamah Sesyen, Na’imah minta dibicarakan atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan asetnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan akuan bersumpah bertulis yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 13 hingga 14 Dis tahun lepas, dan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Aset yang didakwa tidak didedahkannya melibatkan beberapa tanah, hartanah dan kenderaan Mercedes-Benz.

Mengikut lampiran yang dilampirkan pada pertuduhan dan dibacakan di mahkamah, antara lapan hartanah yang didakwa terlibat ialah Menara Ilham di Kuala Lumpur, sebuah rumah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, serta enam bidang tanah – lima di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.

Antara perkara lain yang didakwa turut terlibat dalam kegagalan mendedahkan aset itu adalah membabitkan dua syarikat, iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin tempatan, dan memerintahkan Na’imah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, sementara menunggu kesnya diselesaikan.

Azura turut menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

-Malaysia Kini

Tags: Isteri DaimKes Dedah AsetKesahihan Undang-Undang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Bantah Permohonan Isteri Daim Cabar Keabsahan Kes

SPRM Bantah Permohonan Isteri Daim Cabar Keabsahan Kes

22/03/2024
2

Kuala Lumpur : Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan isteri bekas Menteri Kewangan, Tun...

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

13/03/2024
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd