Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Misteri Kes Bunuh Seorang...

MIRI - Polis percaya telah dapat menyelesaikan misteri kes pembunuhan seorang wanita Sabtu...

“Jangan Tembak Saya!” Rayu...

MINGGU lalu, dunia komuniti fotografi antarabangsa gempar dikejutkan dengan sekeping gambar aksi spontan...

Shuib Bakal Beraksi Seorang...

ANGGOTA kumpulan Sepahtu, Shuib menyatakan dia bakal beraksi seorang diri dalam program Maharaja...

Najib Dedah Kenapa Bil...

KUALA LUMPUR – Rebat ditarik bermula 1 Julai 2018 punca bil elektrik pengguna...

SPRM Bantah Permohonan Isteri Daim Cabar Keabsahan Kes

Kuala Lumpur : Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid untuk mencabar keabsahan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta dihadapinya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Melalui afidavit balasan diikrarkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Maziah Mohaide, pendakwa raya menegaskan tiada keperluan untuk Mahkamah Sesyen merujuk persoalan perlembagaan berhubung pertuduhan itu kepada Mahkamah Tinggi kerana permohonan Na’imah tidak mempunyai merit.

Menurut pendakwa raya, ia adalah kerana persoalan dibangkitkan Na’imah bukanlah satu isu perlembagaan dan ia juga tidak melanggar mana-mana perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pendakwa raya berkata, hak seseorang untuk dilindungi daripada membabitkan dirinya sendiri dengan suatu kesalahan bukanlah suatu hak mutlak di bawah undang-undang dan ia bukan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jelas pendakwa raya, Seksyen 36 Akta SPRM 2009 adalah peruntukan yang memberi kuasa kepada pegawai SPRM untuk memperoleh maklumat bagi tujuan siasatan.

“Peruntukan ini tidak melanggar Perkara5 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan diri) kerana apabila pemohon diberikan notis di bawah Seksyen 36, beliau belum ditangkap atau ditahan. Oleh itu, isu berlakunya pelanggaran Perkara 5 sebelum perbicaraan adalah pramatang.

“Peruntukan itu juga tidak melanggar perkara 8 Perlembagaan Persekutuan (kedudukan sama rata di sisi undang-undang) kerana seksyen 36 ini tidak hanya terpakai kepada pemohon tetapi juga kepada orang lain yang dikemukakan dengan notis sama di bawah peruntukan ini, yang mana mereka akan dikenakan prosedur sama tanpa sebarang diskriminasi.

“Pemohon dilayan sama rata di sisi undang-undang dan tiada diskriminasi terhadapnya dalam konteks perkara 8 apabila beliau diperintahkan untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 36. Tindakan pegawai SPRM adalah sama seperti mana-mana orang lain yang disiasat di bawah Akta SPRM 2009,” kata pendakwa raya.

Pada sebutan kes itu tadi, Hakim Azura Alwi menetapkan pada 21 Mac ini untuk mendengar permohonan Na’imah yang difailkan pada 29 Februari dan turut menetapkan pada 9 Mei bagi bagi sebutan untuk permohonan hampir serupa difailkan suaminya pada 15 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 29 Mei untuk pendakwaan menyerahkan baki dokumen bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapi pasangan terbabit.


Dalam prosiding, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala peguam bela M Puravalen bertindak bagi Daim dan Na’imah.

Pada 29 Januari lalu, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun amanah saham, Disember tahun lalu.

Daim, 86, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Na’imah pula didakwa dengan tuduhan sama pada 23 Januari lalu

dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham serta beberapa hartanah sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori