• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Seksual: Polis Minta Doktor Pelatih Tampil Buat Laporan

oleh AK-47
18/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Gangguan Seksual: Polis Minta Doktor Pelatih Tampil Buat Laporan
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Polis meminta mana-mana doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini, tampil membuat laporan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.

“Setakat ini kita belum terima sebarang laporan daripada mana-mana individu sama ada penulis surat layang ataupun doktor-doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual.

“Polis menggesa mereka supaya tampil buat laporan di mana-mana balai polis. Tindakan ini lebih wajar dilakukan daripada menularkannya di media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya turut memberi jaminan maklumat diri individu yang membuat laporan akan dirahsiakan.

“Tak perlu khuatir, tak perlu takut. Kita beri jaminan bahawa apa sahaja maklumat berhubung diri mereka yang didakwa menjadi mangsa kita tidak akan bocorkan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, Yahaya dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan daripada seorang doktor lelaki berusia 43 tahun yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual dan ugutan terhadap doktor pelatih di HRPB.

Terdahulu, tular surat layang dimuat naik dalam Facebook dan aplikasi X yang mendakwa doktor terbabit sering melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih wanita khususnya di Jabatan Ortopedik, selain mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

-Harian Metro

Tags: Doktor Pelatihgangguan seksuallaporan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd