Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

4 Januari Keputusan Tuntutan...

KUCHING : Keputusan berhubung beberapa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963...

Lee Chong Wei Benam...

RIO DE JANEIRO - Pemain badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya...

Pemuzik Legenda Blues ‘BB...

LOS ANGELES - Penyanyi dan pemain gitar, Riley B King atau lebih popular...

Helah Bijak Budak Kecil...

NEW DELHI - Apakah yang akan anda buat jika terserempak dengan anjing jalanan?...

Dua Anggota Trafik Disiasat Kes Pemerasan

JOHOR BAHRU : Polis Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota trafik yang disyaki melakukan pemerasan terhadap warga Singapura dalam satu kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, pada 10 Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis negeri, Komisioner M Kumar, berkata pihaknya mengesan video tular di media sosial Facebook (FB) yang dimuat naik penama Irene Teo dalam halaman ‘Sage’, semalam.

“Pihak polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap dua anggota polis trafik yang dipercayai melakukan pemerasan berikutan tular dua hantaran video di Facebook, semalam.

“Hantaran video itu turut diulas melalui artikel yang dimuat naik oleh laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, melalui hantaran yang tular itu dipercayai penama ‘Irene Teo’ diarahkan untuk membayar wang sejumlah SGD142 (RM499.40) kepada kedua-dua anggota polis trafik di BSI bagi mengelakkan tindakan saman diambil.


“Mangsa dikatakan melakukan kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan check point 8A arah Johor Bahru ke Singapura pada 10 mac lalu, kira-kira jam 8.15 malam,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Bagaimanapun, setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung insiden itu dan permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk bantuan mengesan pemilik Facebook ‘Sage’ dan penama ‘Irene Teo’ bagi membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599 atau Inspektor Nizam Ramon di talian 011-16086119.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori