Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Cucu Saloma Tuntut Royalti...

CUCU kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Arzanee Armalie, 37, menuntut...

‘Mohon Pengampunan Agong Inisiatif...

KUALA LUMPUR - "Kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana...

Pyongyang Serah 200 Mayat...

DULUTH - Presiden Donald Trump, berkata Korea Utara sudah memulangkan 200 mayat anggota...

VIDEO: Syahdu, Reaksi Anjing...

TERNYATA pepatah orang putih yang berbunyi 'Dogs is a man's best friend' adalah benar selepas...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri ketika membahaskan usul junjung kasih kepada Titah Diraja.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ucapan Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil rakyat DAP bangun membantah.

“Satu isu berbangkit berkaitan perdana menteri bukan Melayu yang pernah dibangkitkan pada 29 November lalu di Manchester, United Kingdom oleh pemimpin politik negara yang partinya kini berada dalam kerajaan.

“Bila berlaku banyak bantahan, pada 13 Disember sekali lagi keluar berita bertajuk ‘Kit Siang pertahan kenyataan bukan Melayu boleh jadi perdana menteri’. Beliau turut menyebut, tidak ada sekatan dalam perlembagaan untuk bukan Melayu (dilantik) jadi perdana menteri.

“Ini perkara yang sudah selesai. Memang dalam perlembagaan tidak ada peruntukan bahawa golongan tertentu sahaja boleh jadi perdana menteri, tetapi kenapa dibangkitkan perkara yang boleh menimbulkan suasana mengelirukan,” kata Takiyuddin.

Bagaimanapun, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun dan mempertahankan bahawa kenyataan bekas Pengerusi DAP itu berasas di segi undang-undang.

“Sejarah menunjukkan pada 3 ogos 1973, mendiang VT Sambanthan pernah menjawat jawatan Perdana Menteri sementara selama sehari. Ini adalah sejarah, jadi apa yang dikaitkan Kit Siang telah berlaku.

“Saya minta YB Kota Bharu tidak kelirukan Dewan dengan mengeluarkan perbahasan yang tidak betul. Tolong jangan buat kenyataan tidak benar. Kamu peguam, perlu tahu fakta,” katanya.

Keadaan semakin kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang antaranya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) turut bangun mempertahankan Takiyuddin.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudiannya memberi amaran supaya Ahli Parlimen lain segera duduk dan tidak mengganggu perbahasan terbabit.


Bagaimanapun, seketika kemudian, Dewan kecoh semula selepas Takiyuddin membangkitkan isu cadangan seorang Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Chong Zhemin (PH-Kampar) yang tidak berpuas hati, meminta Speaker mengambil tindakan kerana mendakwa Takiyuddin melanggar peraturan 36 (12), iaitu mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan.

“Beruas (Koo Ham) telah tarik balik kenyataannya. Jadi ia bukan lagi satu cadangan. Jadi kenapa masih nak bangkitkan?,” katanya.

Bagi meredakan keadaan, Johari meminta Takiyuddin untuk tidak meneruskan perbahasan lanjut mengenai isu itu, mengambil kira cadangan berkenaan telah ditarik balik.

Sebaik perbahasan Takiyuddin berakhir, Rayer sekali lagi bangkit dan meminta pertimbangan Speaker mengenai permohonannya kerana mendakwa Takiyuddin melanggar peraturan Dewan.

Dewan menjadi riuh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut meminta Rayer duduk, malah Takiyuddin sekali lagi bangkit dan memaklumkan pelantikan VT Sambanthan pada ketika itu hanya sebagai pemangku perdana menteri.

Enggan memanjangkan perbalahan, Johari segera membuat keputusan bagi mengelakkan kekecohan berlanjutan.

“Saya telah dengar daripada Jelutong dan Kota Bharu. Daripada fahaman saya, apa yang disebut Kota Bharu adalah satu soalan. Jadi ia tidak mengelirukan Dewan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori