Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Austria Sasar Tarik Banyak...

KUALA LUMPUR - Austria berhasrat menarik lebih banyak syarikat Malaysia melabur di negara...

9 Ditahan Bantu Siasatan...

TAIPING - Polis menahan sembilan lelaki bagi bantu siasatan kes seorang remaja perempuan...

Agihan Kerusi PH Selangor...

SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar mengakui masih...

Bekas Polis Ditahan Menyamar...

GEORGE TOWN - Seorang bekas anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang...

Dakwaan Bos ‘Raja Dadah India’ Warga Malaysia, PDRM Dapatkan Maklumat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India mengenai dakwaan bos ‘raja dadah India’ adalah warganegara Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat diterima PDRM berhubung perkara itu.

Katanya, hasil semakan pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga mendapati, penama yang ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India pada Sabtu lalu tidak berada dalam mana-mana maklumat pengedaran dadah di dalam negara.

“Bagaimanapun, JSJN sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Pegawai Perhubungan Keselamatan (SLO) India berkait dakwaan terbabit.

“Buat masa ini, JSJN tiada sebarang hubungan bilateral dengan Biro Kawalan Narkotik (Narcotics Control Bureau) India dan sebarang komunikasi dijalankan melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat,” katanya pada Selasa.

Razarudin berkata, PDRM khususnya JSJN amat menitikberatkan kerjasama antarabangsa dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah.


Beliau berkata, komitmen itu dapat dilihat melalui penglibatan Malaysia dengan agensi antarabangsa seperti Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), DEA dan Australian Federal Police (AFP).

Baru-baru ini, media India mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil.

Ini selepas penerbit filem Tamil, Jaffer Sadiq, yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM1.13 bilion ditahan oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, Sabtu lalu.

Dakwaan itu dibuat oleh A Shankar, yang merupakan wartawan kanan dan pemilik media Savukku dalam satu wawancara di YouTube.

Portal itu melaporkan ‘bos’ kepada Jaffer berada di Malaysia.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori