• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CelcomDigi, KPT Perkenal Pembelajaran Digital Metaversity

oleh AK-47
22/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
CelcomDigi, KPT Perkenal Pembelajaran Digital Metaversity
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) meneruskan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melancarkan CelcomDigi Metaversity iaitu suasana pembelajaran secara digital yang pertama di Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagi memanfaatkan penyelesaian metaverse, realiti lanjutan (XR), kecerdasan buatan (AI) dan disokong oleh sambungan 5G serta fiber CelcomDigi, membolehkan kerjasama ini melonjakkan pembangunan bakat masa hadapan Malaysia yang pakar dalam teknologi baharu berasaskan AI serta memacu inovasi penyelesaian digital dalam landskap akademik dan perusahaan.

Kerjasama ini memberikan pelajar mengalami sendiri pengalaman pembelajaran digital secara maya dan memperkukuhkan kepakaran teknikal mereka terhadap kemahiran yang tinggi permintaannya ini.

Modul pembelajaran maya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dan mencipta peluang inovasi meliputi pelbagai sektor industri, seperti penjagaan kesihatan, kejuruteraan, robotik, keselamatan siber dan banyak lagi.

Metaversity CelcomDigi telah melaksanakan enam kes pengguna dengan universiti tempatan seperti Muzium Maya, Hospital Pengajaran Perubatan, Pembuatan Kereta, Robotik, Keselamatan Siber dan Kejuruteraan industri minyak dan gas (O&G).

Manakala sebanyak 10 universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UTM), Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), MAHSA University, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM), telah mengikrarkan komitmen mereka untuk menerima pakai modul pembelajaran ini.

Sebagai penyedia sambungan pilihan untuk universiti-universiti tersebut, CelcomDigi akan memberikan sokongan melalui sambungan fiber dan seleksi penyelesaian Internet Kebendaan (IoT) digital untuk membantu dalam perjalanan transformasi institusi pengajian tinggi berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pembelajaran dan pendidikan Metaverse adalah kaedah inovatif yang membuka banyak kemungkinan untuk direbut dan dialami oleh bakat masa hadapan kita.

“Usaha ini juga merupakan satu kejayaan mengagumkan buat CelcomDigi dalam menerajui inisiatif ini ke arah menginovasikan penyelesaian yang memberi inspirasi kepada pelajar Malaysia.

“Kami menyeru lebih banyak institusi pendidikan, serta pemain teknologi dan industri, untuk bersama-sama menyuntik nafas baharu dan merevolusikan sistem pendidikan negara seterusnya mengangkat bakat negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya semasa Majlis Pelancaran CelcomDigi Metaversity hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, AI sedang mengubahkan dunia dan Malaysia perlu bersedia. “Matlamat kami di sini amat jelas iaitu membantu mempercepatkan kesediaan bakat masa depan, di samping meletakkan universiti tempatan sebagai antara institusi pembelajaran tercanggih di rantau ini.

“Dengan memanfaatkan kuasa teknologi 5G, AI, metaverse dan Internet Kebendaan, kami boleh meningkatkan cara kami mendidik dan melatih doktor, jurutera, saintis dan juruteknik masa depan kami,” katanya.

-Berita Harian

Tags: CelcomDigiKPTMetaversity
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd