• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

oleh Mohd Arshad
03/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Beras import seberat lima kilogram yang dijual pada harga RM9.90 licin dalam masa 15 minit pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jualan amal yang diadakan sempena menyambut Ramadan itu menyediakan sebanyak 2,000 kampit beras import dari Thailand khas untuk rakyat Kelantan.

Pengarah Urusan MZ Gold Sdn Bhd, Murtadhatumizi Mustapha berkata, ia merupakan salah satu khidmat masyarakat bagi meringankan beban orang ramai untuk menyambut Ramadan susulan keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

“Kita sedia maklum bulan ini sangat sukar apabila perlu berdepan dengan pembukaan penggal baharu persekolahan serta menyambut Ramadan.”

“Jadi banyak keperluan yang perlu disediakan. Disebabkan itu kami mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang membuat perancangan untuk membuat jualan beras import murah itu di cawangan MZ Gold yang lain seperti di Kuala Krai dalam masa terdekat.

Menurutnya, diharap dengan cara ini ia dapat memberi contoh atau inspirasi kepada pihak lain untuk sama-sama membantu rakyat yang memerlukan.

Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Maria Mohd Zain, 43, yang mempunyai empat orang anak berkata, dia tidak melepaskan peluang tersebut dan sanggup datang beratur seawal jam 10 pagi walaupun jualan bermula jam 12 tengah hari.

“Beras import yang dijual dengan harga RM9.90 sekampit sangat murah kerana ia separuh daripada harga asal.

“Alhamdulillah saya dapat membeli dua kampit beras dan ia dapat digunakan sepanjang Ramadan nanti,” katanya.

Bagi tukang masak kantin, Wan Raziah Wan Ayob, 27, pula memberitahu, dia sanggup datang bersama adik-beradiknya yang lain ke Kota Bharu dari Pasir Tumbuh semata-mata mahu membeli beras import pada harga murah.

Katanya, ia sangat berbaloi walaupun perlu beratur panjang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban suami yang bekerja sendiri.

“Terima kasih kepada MzGold, diharap ramai lagi pihak dapat berbuat begini pada masa akan datang,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Beras Importlicin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Jentera Penggelek Jatuh Gaung 25 Meter

Next Post

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

Related Posts

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

Harga Beras Import Dari India Berjaya Diturunkan Hasil Rundingan Bersama – PM

07/12/2024
0

BUTTERWORTH - Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk...

Kementerian Siasat Lambakan Beras Import

21/12/2016
0

PARIT BUNTAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan berhubung berlakunya lambakan beras import sehingga menyebabkan harga...

Next Post
Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd