Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

5,271 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu harian Covid-19 merekodkan penurunan untuk empat hari berturut-turut...

Siasat Tuduhan KPN: Tubuh...

TS Hamid Bador membuat dakwaan terbuka. Dia tuduh Hamzah Zainuddin campur tangan kenaikan...

2 Sungai Di Sarawak...

Kuala Terengganu : Dua sungai di Sarawak, hari ini direkodkan melepasi paras amaran...

Lebih Banyak Kesenian Kelantan...

TUMPAT - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mahu lebih banyak kesenian dari Kelantan...

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

Kuala Lumpur : Biarpun kandungannya banyak memetik ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang banyak disebarkan dalam talian pada masa ini, ajaran sesat yang tiada kaitan dengan Islam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil ketika mengesahkan perkara itu berkata, falsafah dan konsep ajaran ini jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam dan bersifat plularisma agama.

“Masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang dikepalai seorang individu mengaku dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.

“Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini, mereka mempercayai penjelmaan semula (reincarnation) juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.

“Walaupun luarannya seolah-olah menampakkan ia berbaur ajaran Islam, tetapi orang yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ajaran Islam pasti menyedari ajaran ini jelas menyalahi ajaran Islam yang sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ajaran sesat itu aktif di pelbagai platform media sosial, malah lebih popular melalui penstriman langsung di platform TikTok.

“Kebimbangan tercetus kerana akaun TikTok itu mempunyai pengikut lebih 30,000 pengikut dan mempunyai jumlah penonton yang ramai, selain menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi mereka.


“Di aplikasi YouTube pula, saluran The Ahmadi Religion of Peace and Light mempunyai 24.3K pengikut dan 275 video.

“Menurut laporan, mereka difahami dan beroperasi di luar negara,” katanya.

Katanya, IKIM memandang serius isu ini dan akan melakukan segala usaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia.

“Sebagai inisiatif membantu pembendungan ajaran sesat ini, IKIM akan menggunakan semua saluran dan platform seperti Radio, TVIKIM, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya bagi memberikan kefahaman jelas kepada masyarakat berhubung isu ini dan menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia menular.

“IKIM juga akan menghasilkan penulisan dari pegawai penyelidik dan felow yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM bagi memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori