• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen

oleh Mohd Arshad
08/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyuarakan kebimbangan mengenai insiden rusuhan di Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak, minggu lalu, sehingga berlakunya tindakan tahanan melarikan diri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Badan antarabangsa itu menerusi kenyataan juga meminta supaya diberi kelulusan oleh pihak berkuasa Imigresen serta akses untuk bertemu dengan tahanan.

Terkejut dan bersedih dengan kematian dua daripada 131 tahanan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak, malam Khamis lalu, UNHCR akan terus berusaha dan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan bagi mendapatkan akses untuk bertemu dengan tahanan yang memerlukan perlindungan mereka.

“Sehingga kini, kami masih belum diberi kelulusan oleh pihak berkuasa imigresen serta akses untuk bertemu dengan semua tahanan sejak Ogos 2019.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan UNHCR tidak dapat menentukan sama ada individu yang ditahan itu memerlukan perlindungan antarabangsa atau sebaliknya,” katanya.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos daripada blok lelaki depoh berkenaan.

Setakat malam kelmarin, seramai 91 pendatang asing yang lolos dari depoh itu sudah ditahan semula dengan baki seramai 38 tahanan masih lagi diburu.

Dua daripada tahanan itu juga disahkan meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika melarikan diri.

Menurut kenyataan itu lagi, UNHCR sedar bahawa terdapat ramai tahanan di depoh imigresen di seluruh Malaysia terdiri daripada golongan yang terjejas dan memerlukan perhatian termasuk kumpulan pelarian dan pencari suaka.

Dalam pada itu, UNHCR berkata, pihaknya bersedia menyokong sebarang usaha kerajaan Malaysia untuk mencari kaedah alternatif untuk membantu tahanan khususnya pelarian dan pencari suaka termasuk kanak-kanak serta warga tua berbanding menempatkan mereka di pusat tahanan.

Beliau berkata, pencari suaka tidak menyalahi undang-undang dan menempatkan mereka di pusat tahanan adalah jalan terakhir.

“Apa yang penting ialah menyediakan rangka kerja komprehensif, berkesan dan berperikemanusiaan untuk menguruskan situasi pelarian dan pencari suaka di negara ini.

“Kami komited sepenuhnya dalam kerjasama berterusan dengan kerajaan untuk mencari cara sesuai untuk mengurus situasi pelarian dengan lebih baik dan menyediakan akses kepada suaka bagi mereka yang memerlukan perlindungan antarabangsa,” katanya.

BHonline-

Tags: Depoh Imigresentahanan mautUNHCR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi....

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Mahu Lawat Depoh Imigresen

29/04/2022
0

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menggesa satu siasatan bebas dan telus diadakan bagi menyiasat isu rusuhan di kem tahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd