Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malang Bola Sepak Indonesia

JAKARTA – Indonesia menggantung permainan dalam liga bola sepak profesional utamanya selepas penyokong...

3 Juta Batang Rokok...

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas tiga juta batang...

5 Suspek Samun, Pecah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat...

Wanita Mengandung Maut Leher...

Xi’an (CHINA) - Seorang wanita yang mengandung anak kembar maut dalam keadaan menyedihkan...

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Mahu Lawat Depoh Imigresen

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menggesa satu siasatan bebas dan telus diadakan bagi menyiasat isu rusuhan di kem tahanan Sungai Bakap pada 20 April lalu yang membawa kepada tujuh nyawa terkorban.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam satu kenyataan, KRPPM berkata insiden itu sangat dikesali dan punca kejadian perlu dirungkai segera.

“Insiden rusuhan dan kematian tersebut sangat dikesali dan siasatan bebas dan telus harus dilaksanakan sesegera mungkin untuk menentukan punca kejadian tersebut.

“KPRRM Polisi Pelarian telah meminta menteri dalam negeri untuk mengizinkan delegasi KRPPM melawat ke depoh tahanan sementara Kem Sri Impian dalam waktu dekat untuk menilai sama ada kondisi depoh memenuhi piawaian yang sewajarnya.

“Pengerusi KRPPM Polisi Pelarian, Tarmizi Sulaiman (Sik), telah mengirim surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk menyampaikan permintaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada 20 April lalu, seramai 528 tahanan di pusat tahanan sementara Imigresen di Sungai Bakap, Pulau Pinang melarikan diri kira-kira pada pukul empat pagi.

Jabatan Imigresen dalam kenyataan memaklumkan insiden itu berlaku setelah rusuhan tercetus di pusat tahanan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan enam tahanan telah meninggal dunia dalam kemalangan dekat Kilometer 165 Lebuhraya Utara-Selatan(menghala ke selatan).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori