Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

822 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 822 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes...

COVID-19 Percepat Pertumbuhan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas,...

Luahan Hati Nazrin Dikemukakan...

SHAH ALAM - Beberapa artikel di dalam blog mimpipari.blogspot.com dikemukakan sebagai eksibit dalam...

Agong Berangkat Ke Istiadat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

Suami Isteri Bancuh Susu Bayi Guna Air Syabu Didakwa Esok

PETALING JAYA: Suami isteri yang ditahan selepas dikatakan tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat dekat Taman Medan di sini pada 19 Februari lalu, akan didakwa di mahkamah esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, kira-kira jam 9 pagi esok.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suami isteri ‘lalok’ ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat di Taman Medan, di sini, pada 19 Februari lalu.


Shahrulnizam dipetik berkata, bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu dihantar suami isteri berkenaan kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Menurutnya, semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal sebelum dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada ibu mangsa.

Katanya, ibu mangsa kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori