• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tuai Hasil Kedua Jagung Bijirin Kualiti Tinggi

oleh AK-47
12/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selangor Tuai Hasil Kedua Jagung Bijirin Kualiti Tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mula menuai hasil kedua projek jagung bijirin berkualiti tinggi bermula Februari sehingga Mac depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, hasil tuaian itu akan memenuhi permintaan penternak kecil dan pemain industri memandangkan harga ditawarkan lebih rendah berbanding import.

“Kerja tuaian fasa kedua ladang jagung bijirin milik PKPS berjalan sejak awal bulan ini secara berperingkat melibatkan keluasan tanaman hampir lapan hektar.

“Proses bermula 5 Februari lalu, seterusnya Rabu ini dan 3 serta 23 Mac depan. Kita akan memastikan proses berjalan lancar agar urusan pembekalan menjadi lebih mudah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, PKPS berjaya mencatatkan hasil tuaian pertama sebanyak 118 tan menerusi projek jagung bijirin berkualiti tinggi yang dilancarkan di negeri itu pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim dilaporkan berkata, tuaian di kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar itu adalah bagi fasa pertama dan dijangka hasil jagung bijirin itu terus meningkat.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khairil berkata, melihat kepada permintaan dan kesesuaian projek tanaman tersebut ia akan diperluas pada tahun ini sehingga awal 2025 bagi memastikan tanah seluas 121 hektar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

-Sinar Harian

Tags: Jagung Bijirin Kualiti Tinggiselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd