• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu

oleh Mohd Arshad
07/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keputusan itu dibuat Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri selepas Rewcastle-Brown, 65, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Nik Mohd Tarmizie kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Rewcastle-Brown kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes berkenaan.

Perbicaraan kes dijalankan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran) dibawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku berkenaan dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018 mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Kenyataan itu juga mengatakan baginda menggunakan status untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud Baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Mohd Khairuddin Idris dan Nur Amalina Najwa Mohd Ali.

Sebelum ini, Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada 23 September 2021.

Bagaimanapun, Rewcastle-Brown membuat pemohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K Muniandy pada 21 Jun 2023 menolak permohonan Rewcastle-Brown untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Muniandy memerintahkan supaya kes itu kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan kes itu sepatutnya diteruskan ke perbicaraan tanpa sebarang halangan lagi memandangkan tarikh pertuduhan sudah lama iaitu pada 23 September 2021.

-Berita Harian

Tags: Rewcastle-BrownSultanah Terengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkukuh Sektor Logistik Dan Rantaian Bekalan

Next Post

Rogol Anak Hingga Bersalin, Bapa Dicekup Selepas Tiga Bulan Hilang

Related Posts

Sultanah Terengganu Mahu UMT Banyakkan Penyelidikan Bantu Komuniti

11/11/2018
0

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaran supaya melaksanakan lebih banyak penyelidikan dalam bidang perikanan bagi membantu meningkatkan taraf...

Sultanah Terengganu Tuntut RM300 Juta Daripada Clare

29/09/2018
0

SAMAN... Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah sah bertindak menuntut ganti rugi RM300 juta daripada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin...

Next Post
Rogol Anak Hingga Bersalin, Bapa Dicekup Selepas Tiga Bulan Hilang

Rogol Anak Hingga Bersalin, Bapa Dicekup Selepas Tiga Bulan Hilang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd