• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultanah Terengganu Tuntut RM300 Juta Daripada Clare

oleh
29/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMAN… Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah sah bertindak menuntut ganti rugi RM300 juta daripada Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise dan Vinlin Press Sdn. Bhd.

Ini kerana ketiga-tiga defendan itu mendakwa baginda konon terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan Low Taek Jho berkaitan skandal 1MDB menerusi buku ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Surat telah dihantar pada Khamis lalu kepada tiga pihak berkenaan yang merupakan Pengasas dan Editor Portal Sarawak Report, penerbit buku dan pencetak yang menuntut setiap mereka masing-masing membayar RM100 juta.

Peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah berkata, sebarang tuntutan yang bakal diberikan oleh pihak mahkamah akan didermakan kemudian kepada pelbagai badan kebajikan tempatan.

“Rewcastle-Brown diberikan tempoh lapan hari dari 27 September untuk memberikan surat penarikbalikan secara bertulis yang jelas serta didedahkan kepada umum dan juga permohonan maaf secara bertulis.

Baca: Sultanah Terengganu Saman Sarawak Report

“Ia dengan syarat-syarat sebagaimana diluluskan oleh peguamcara Sultanah Terengganu. Beliau juga harus beri satu akujanji untuk tidak ulangi lagi kenyataan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di ibu negara semalam.

Mengulas dengan lebih lanjut, Mohd. Haaziq menjelaskan bahawa Gerakbudaya dan Vinlin Press Sdn. Bhd. pula turut diberikan tempoh selama lapan hari dari tarikh yang sama untuk berbuat demikian.

Pada 14 September lalu, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah pun mengeluarkan kenyataan yang menafikan sekeras-kerasnya pembabitan Sultanah Nur Zahirah sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ia melibatkan dakwaan wanita Inggeris itu menerusi buku tersebut konon baginda ada peranan dalam sebarang urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority. – Agensi

Tags: Clare Rewcastle-BrownSultanah Terengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa: Pelajar Malaysia Di Sulawesi Selamat

Next Post

Calon Bebas Dan PAS Optimis Menang PRK PD

Related Posts

Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu

Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu

07/02/2024
0

KUALA TERENGGANU : Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Editor Sarawak Report

23/09/2021
0

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri...

Next Post

Calon Bebas Dan PAS Optimis Menang PRK PD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd