• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas

oleh AK-47
14/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tahan Lelaki Pukul Ibu, Ugut Letupkan Tong Gas
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum cecair (LPG) dalam kejadian di rumah pangsa di Jalan Gangsa, di George Town, Pulau Pinang malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berusia 45 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah itu pada mulanya dikatakan mengamuk dan dipercayai memukul ibunya berusia 70-an menggunakan rotan sebelum kejadian disedari jiran lalu menghubungi polis kira-kira 9.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata anggotanya bergegas ke rumah berkenaan untuk pemeriksaan lanjut dan menyelamatkan wanita warga emas itu.

“Pihak bomba turut berada di lokasi kejadian selepas lelaki itu mengancam mahu meletupkan tong LPG.

“Selepas lebih dua jam dipujuk, lelaki terbabit masih enggan melepaskan ibunya, malah mengugut untuk terjun dari tingkat 11 rumahnya itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lee berkata dia yang kemudian tiba di lokasi itu mengambil masa lebih sejam untuk memujuk lelaki berkenaan sehingga lelaki itu mempercayainya dan melepaskan ibunya keluar dari rumah.

Menurut Lee, dia juga mengambil risiko masuk ke dalam rumah itu kerana bimbang lelaki terbabit terus bertindak agresif dan menyalakan api menggunakan pemetik api yang ada bersamanya.

“Pada mulanya lelaki itu enggan berkomunikasi dengan saya, namun selepas saya bercakap menggunakan bahasa Hokkien, dia mula lembut hati. Selepas lebih sejam memujuknya, lelaki itu melepaskan ibunya keluar dari rumah.

Dia berkata polis kemudian berjaya menahan lelaki itu tanpa sebarang kecederaan, manakala ibunya yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Rumah itu, katanya didiami tiga beranak iaitu lelaki berkenaan, ibu serta adik perempuannya, namun ketika kejadian wanita berusia 30-an itu tiada di rumah kerana sedang bekerja.

Lelaki itu didapati positif syabu dan mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah serta jenayah.

“Difahamkan lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kadang kala bertindak agresif kerana pengaruh dadah,” katanya menambah lelaki itu direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

-Malaysia Kini

Tags: polistong gas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd