Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Tahfiz Maut Lemas...

SETIU - Seorang daripada remaja yang hilang ketika bermain air bersama rakannya di...

PRU15: ‘Pentadbiran Muhyiddin Huru-Hara,...

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Wanita Hidap AIDS Tabah...

KOTA BHARU - Walaupun dijangkiti AIDS, namun seorang balu tetap tabah membesarkan tiga...

Minta Wang: SPRM Sedia...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis...

Pemilik Dashcam Diminta Tampil Jadi Saksi

Chukai : Polis mempelawa pemilik kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ agar tampil menjadi saksi untuk setiap kes kemalangan atau samseng jalan raya bagi membantu kelancaran Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kerjasama tersebut akan memudahkan siasatan pihak polis terhadap setiap laporan kemalangan yang diterima sepanjang operasi tersebut dilaksanakan.

“Dengan pendekatan ini semua pemilik dashcam akan menjadi mata-mata awam kepada semua agensi penguatkuasaan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan seorang lelaki tempatan yang memandu secara berbahaya di jambatan berdekatan Taman Alam Perdana, Jalan Air Putih di sini, seperti dalam sebuah rakaman video dashcam yang tular ditahan pihaknya pada 12 tengah hari ini.


Beliau berkata, rakaman berkenaan membantu siasatan polis mendapatkan waktu kejadian yang tepat, iaitu pada 8.15 pagi, 8 Februari lalu.

“Suspek berusia lingkungan 30-an kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Permohonan reman akan dibuat pada esok dan ujian air kencing sedang dijalankan pihak polis,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori