Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Api Marak Dalam Giant…...

SUASANA di pasar raya Giant di Bandar Sunwaycity, Ipoh, menjadi huru-hara apabila bahagian...

Mahathir ‘Disekat’ Orang Ramai...

KUALA LUMPUR - Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru...

Penganggur Didakwa Bunuh Ibu...

GUA MUSANG : Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Jangan Sia-Siakan Amanah Rakyat

KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama ternanti-nanti dengan pelbagai tekaan mengenai keputusan Pilihan...

Pembelaan Akan Mohon Pengampunan Penuh Terhadap Najib

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat membuat permohonan baharu, untuk mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu dibebaskan daripada Penjara Kajang dengan segera.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika sidang akhbar berhubung isu pengampunan membabitkan bekas Presiden UMNO itu, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembelaan masih menunggu arahan daripada Najib, 71, sebelum berbuat demikian.

“Kita tidak mahu tergesa-gesa untuk membuat permohonan berkenaan memandangkan Sultan Ibrahim belum ‘memanaskan tempat duduk baginda’ (baru angkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17).

“Permohonan akan dibuat kerana mendakwa Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak melaksanakan tugas sebagaimana dikehendaki Perlembagaan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kekurangan penilaian Lembaga Pengampunan yang mewujudkan proses ketidakadilan menjadi asas kepada permohonan baharu, peguam itu menjawab ‘ya’.

Sebelum ini media melaporkan Najib akan dibebaskan namun berita berkenaan ditarik balik kerana fakta itu tidak dapat disahkan.

Spekulasi mengenai pembebasan awal Najib akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan itu mengesahkan bekas Presiden UMNO terbabit akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut ialah enam tahun lebih awal daripada tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Bagaimanapun, jika denda tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat lembaga itu kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.


Pada 22 Ogos 2022 lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan, kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Najib menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda.

Terdahulu Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berhubung dana SRC International.

Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sekali lagi dituduh di Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos tahun sama atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta) yang merupakan hasil kegiatan haram dan kesemuanya kes itu dibicarakan bersama.

Pada 3 April 2019, perbicaraan bermula selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Najib untuk mengisytiharkan tujuh pertuduhan terhadapnya adalah cacat.

Najib menghadapi tiga lagi kes di mahkamah membabitkan dakwaan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM27 juta.

Bagaimanapun, Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1MDB malah keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan, pada 12 September tahun lalu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori