Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Seorang Suspek Kes Rasuah...

KOTA KINABALU - Seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung...

Opps! Menteri Sweden Ini...

Hah berita ini pasti boleh membuatkan para wanita tersenyum-senyum membacanya.Jika di Malaysia ramai...

Puteri Umno Beri Penjelasan,...

ROMPIN - Kira- kira 1,500 anggota Puteri UMNO kini giat mendekati pengundi muda...

Dulu Lain, Kini RoS...

MUJUR... Mungkin inilah dikatakan tuah nasib selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk Kerajaan...

Palestin Rancang Mohon Keanggotaan Penuh PBB

WASHINGTON : Palestin merancang untuk memohon keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mungkin meminta negara anggota badan dunia itu menyokong kemasukannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, pada Khamis berkata pihaknya akan memperhebatkan perbincangan itu dan menggunakan pelbagai langkah bagi mencapainya,

“Antaranya termasuk mengeluarkan kenyataan dan meminta tandatangan daripada negara anggota yang menyokong kemasukan Palestin ke dalam PBB.

“Kami merancang untuk meneruskan proses selanjutnya ke Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan mengemukakan resolusi dengan menggesa cadangan untuk menerima negara Palestin sebagai anggota PBB,” katanya kepada wartawan di New York.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Parlimen Israel, Knesset, mengundi 99-11 untuk menyokong keputusan kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, untuk menolak sebarang pengiktirafan sebelah pihak terhadap negara Palestin.


Mansour berkata Palestin akan mempercepatkan proses di Perhimpunan Agung PBB untuk menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah praktikal untuk memaksa Israel menarik balik kepungan ke atas Gaza.

Negara Palestin telah diberikan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung PBB pada 2012, membolehkan utusannya mengambil bahagian dalam perdebatan dan struktur PBB tetapi tanpa hak mengundi.

Menurut Piagam PBB, negara diterima sebagai anggota PBB melalui keputusan Perhimpunan Agung atas cadangan UNSC.

Mansour menegaskan, Israel masih tidak mematuhi perintah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebaliknya terus menafikan Palestin, termasuk haknya untuk melaksanakan penentuan nasib sendiri.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori