Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Dinasihat Jangan...

KANGAR - Umat Islam diingatkan jangan terlalu asyik berpolitik sehingga mengabaikan ekonomi yang...

Jutawan Bunuh Kekasih Dalam...

SEORANG jutawan perniagaan dari New York, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup...

TTAM Sasar Sederhana Sukan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan sasaran tinggi pada...

Polis Mohon Kerjasama Kesan...

JOHOR BAHRU - Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang gadis...

Paha Wanita Terkoyak, Tangan Cedera Diserang Tiga Anjing

GEORGETOWN: Seorang wanita diserang dan digigit anjing sehingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian kira-kira jam 5 petang ketika Cheah Hean Hoon, 49, berjalan untuk pulang ke rumah di Medan Terengganu, beberapa meter dari tempat kejadian apabila diserang tiga anjing.

Hean Hoon berkata, ketika lalu di depan sebuah rumah, tiga anjing tidak dirantai meluru keluar dan menggigitnya.

“Saya tak sempat lari, lebih malang tiada sesiapa ketika kejadian itu dan saya tidak berdaya melawan anjing berkenaan bersendirian. Akibatnya, tangan kanan cedera, isi paha kiri dan kanan juga terkoyak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia kemudian menghubungi abang iparnya sebelum dibawa ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan dengan keadaan kesihatan dipantau dengan kerap.

“Memandangkan esok Tahun Baharu Cina, doktor benarkan saya keluar wad hari ini, namun perlu datang ke hospital setiap 12 jam selama seminggu untuk diberi suntikan.

“Keadaan saya agak lemah dan mungkin tidak dapat menghadiri ‘makan besar’ bersama keluarga malam ini,” katanya lagi.


Susulan itu, satu laporan dibuat abang iparnya di Balai Polis Datuk Keramat di sini semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik tidak merantai anjing.

Hean Hoon berkata, pemilik berkenaan juga tidak membaiki kerosakan pada pagar rumahnya yang membolehkan anjing peliharaan keluar dari kawasan rumah berkenaan.

“Kejadian ini bukan pertama, ahli keluarga dan beberapa jiran juga pernah digigit anjing berkenaan, namun pemilik haiwan itu enggan bertanggungjawab.

“Penduduk pernah bersemuka dengannya, tapi pemilik haiwan itu dengan angkuh meminta orang ramai jangan lalu di depan rumahnya.

“Bayangkan jika anjing itu menyerang kanak-kanak, sudah tentu kesannya lebih buruk. Jika masih tiada tindakan, saya akan buat laporan polis sekali lagi kerana ia beri ancaman kepada penduduk,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori