• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Padah ‘Rem’ Ekzos Bising, Pelajar Kena Tolak Motor 3.5km Ke Balai
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Tindakan sekumpulan remaja menjadikan sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa dekat sini sebagai lokasi mempamerkan ‘kehebatan’ motosikal masing-masing membawa padah apabila lokasi terbabit diserbu pihak polis, pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebahagian remaja yang ditahan itu dipercayai merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, serbuan berkenaan dijalankan susulan aduan orang awam yang mendakwa kegiatan berkenaan mengganggu ketenteraman awam.

“Siasatan mendapati kesemua remaja terbabit akan berkumpul di kawasan bangunan kosong ini untuk ‘rem’ atau mengeluarkan bunyi bising ekzos motosikal masing-masing.

“Susulan itu, satu operasi dijalankan kira-kira jam 1.30 petang yang dijalankan sepasukan anggota polis dengan menjalankan serbuan di lokasi terbabit,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemeriksaan dijalankan ke atas semua motosikal terlibat mengesan pelbagai jenis kesalahan antaranya pengubahsuaian ekzos serta beberapa kesalahan lain.

“Selain itu, enam saman turut dikeluarkan atas kesalahan tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.”

“Semua remaja yang ditahan itu kemudiannya diarah menolak motosikal ke Balai Polis Bukit Sentosa dengan jarak kira-kira 3.5 kilometer,” katanya.

Pada Isnin, tular video di laman sosial memaparkan sekumpulan remaja menolak motosikal masing-masing selepas ditahan polis kerana membuat bising.

SinarHarian-

Tags: motorpelajarrem ekzos
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd