Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Berdepan Tindakan...

MADRID - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkemungkinan dikenakan tindakan atas sambutannya ketika...

40 Kedai Musnah, Rosak...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 40 kedai di pasar lama Chow Kit musnah atau...

Lagi Pimpinan Bersatu Umum...

KOTA TINGGI : Timbalan Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tenggara...

Mayat Ketiga Mangsa Perahu...

BINTULU - Mayat ketiga mangsa tragedi perahu karam di Sungai Kemena, di sini...

Mangsa Maut Dipukul Positif Dadah – Polis

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa yang dipukul sehingga maut semasa kemalangan di Taman Pelangi Dua, Kajang pada Selasa adalah positif dadah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu lelaki berusia 42 tahun itu juga mempunyai 10 kes lampau melibatkan kes narkotik dan merupakan orang dikehendaki pihak polis.

Beliau berkata, semasa ujian bedah siasat dilakukan, lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis methamphemin dan ganja.

“Hasil awal bedah siasat juga mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa yang boleh membawa kepada kematian.

“Kita masih menunggu ujian patalogi atau analisa makmal bagi menentukan sebab kematian mangsa,” katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya antara Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid dan Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, ekoran kejadian tersebut, pihaknya menahan dua lagi individu di Kajang jam 5 petang.

Kata beliau, kedua-dua yang ditahan tersebut berusia 23 dan 40 tahun, manakala tindakan reman akan diperoleh pada Jumaat.


Menurutnya, jumlah keseluruhan yang ditahan sebanyak tujuh orang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Katanya, dua laporan polis diterima daripada dua pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan.

Namun begitu menurutnya, pihak polis masih belum menerima laporan daripada penghantar makanan yang berada dalam video tular kemalangan.

Ditanya adakah ada tangkapan lain selepas ini, jelas beliau, pihaknya yakin akan ada lagi tangkapan berdasarkan video tular.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kes Zayn Rayyan Abdul Matiin, Hussein berkata, tiada maklumat baharu diperoleh pihaknya walaupun tawaran RM20,000 telah dilakukan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

“Sehingga hari ini tiada individu tampil untuk memberikan maklumat baharu mengenai kes berkenaan, bagaimana kami tidak berputus asa dan akan terus menjalankan siasatan,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori