PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu pihak yang ada maklumat berkaitan dakwaan kartel dalam industri beras negara supaya salurkan kepadanya.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Menterinya, Datuk Mohd Armizan Ali, berkata pihaknya memberi jaminan akan menyiasat maklumat berkenaan jika terbukti wujud kegiatan sedemikian.
Katanya, KPDN menerusi Suruhanjaya Persaingan (MyCC) sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan perkara itu.
“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah KPKM.
“Namun, jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, kita terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa cadangan pelaksanaan beras putih Malaysia Madani, mampu mengekang industri beras negara daripada kawalan pihak kartel.
Berita lanjut menyusul
BHonline-