• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dicadang Pinda Akta 711 Perkasa Usaha Banteras Rasuah

oleh Mohd Arshad
27/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mawla Amin Bukan Warga Maghribi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dicadang dipinda dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Azli Yusof (PH-Shah Alam) berkata, pindaan terhadap akta tersebut perlu menjadi fokus dan keutamaan kerajaan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahu kerajaan meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti.

“Pindaan tertentu harus menjadi fokus dan keutamaan pada waktu ini kerana kelemahan yang terkandung di dalam akta ini membantutkan usaha membanteras rasuah di negara ini,” katanya ketika mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau antaranya mencadangkan pindaan bagi membolehkan satu mekanisme kawalan terhadap isu integriti dan sebarang ketirisan yang merugikan negara boleh disekat di peringkat lebih awal.

Selain itu, beliau berkata, pemberi maklumat berperanan menjamin pentadbiran negara yang lebih berakauntabiliti melalui maklumat diberikan demi memelihara kepentingan awam.

Dalam pada itu, Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) membangkitkan isu pemerkasaan wanita di peringkat struktur organisasi dan berpandangan kerajaan tidak boleh mengambil enteng terhadap isu tersebut.

“Pada suku kedua 2023, kadar penyertaan tenaga buruh wanita berada pada paras 56.2 peratus yakni rendah berbanding dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki sebanyak 82.8 peratus. Ini menunjukkan ketidakseimbangan gender dalam tenaga kerja di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Laporan Bank Dunia juga menyatakan wanita yang berkerjaya terperangkap dalam sindrom beban berganda dengan selain bekerja, mereka turut menguruskan tugasan domestik seperti menjaga anak dan orang tua.

Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pula berkata, ahli Dewan Rakyat bertanggungjawab memastikan keluh-kesah rakyat berkaitan peningkatan harga barang dan kelangsungan hidup ditangani.

Beliau berkata, sebagai pembuat dasar, ahli Parlimen juga perlu turun padang berjumpa masyarakat untuk menerangkan keadaan semasa ekonomi negara secara jujur dan mudah difahami.

Sementara itu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) meminta kerajaan memberikan keutamaan kepada graduan tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor berteknologi tinggi.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

Bernama-

Tags: Akta 711Kerajaanrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd