• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

oleh Mohd Arshad
16/02/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan yang sedang menjalani hukuman penjara 13 bulan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, hari ini gagal untuk mengetepikan hukuman tersebut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 November 2023.

“Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan pemohon (Syamsul Zaman). Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak,” kata Hadhariah itu yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Bekas mudir itu menjalani hukuman penjara pada 21 November 2023 selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkannya menjalani hukuman itu serta merta, setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac 2023.

Memandangkan kes itu berasal dari Mahkamah Majistret, Syamsul Zaman dikehendaki mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan, mengikut Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Bekas mudir digelar Ustaz Budak

Lelaki itu yang digelar ‘Ustaz Budak’, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun, termasuk mencium pipi mangsa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Disember 2020, mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum ini Syamsul Zaman didakwa atas lebih 10 kes membabitkan jenayah seksual terhadap beberapa lelaki termasuk pelajarnya dan kes itu masih di peringkat perbicaraan.

Terdahulu, peguam Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri yang mewakili Syamsul Zaman berhujah terdapat percanggahan keterangan berhubung masa kejadian dan pihak pendakwaan gagal membuktikan secara tepat masa berlakunya kejadian kelucahan melampau, seperti dalam pertuduhan.

“Ini kerana pengadu yang juga mangsa dalam laporan polisnya menyatakan pada 1.15 pagi, beliau baru tiba di perkarangan hotel miliknya bersama pemohon (Syamsul Zaman).

“Selain itu, terdapat keterangan saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa pengadu tidak berada di dalam bilik hotel, pada masa seperti mana pertuduhan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar berhujah walaupun terdapat percanggahan keterangan, namun Majistret mempertimbangkan keterangan itu dan mendapati percanggahan tersebut tidak bersifat material.

“Elemen yang penting di dalam kes ini ialah perlakukan seksual dan identiti pelaku. Pemohon mengaku berada di tempat kejadian, namun tindakannya menafikan perbuatan yang dilakukan merupakan penafian semata-mata,” katanya.

Bernama-

Tags: Hukuman Penjaramelampauustaz budak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd