Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Nabil Ahmad Nafi Ambil...

PELAWAK dan pelakon, Nabil Ahmad mengejutkan ramai pengikut dunia hiburan tempatan apabila tampil sasa...

Tunai Tanggungjawab, Wany Tak...

MEMANG tidak dapat dinafikan bagi mereka yang baru kali pertama mengundi pastinya perasaan...

Caj Parkir MBMB Setiap...

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lagi mengenakan caj parkir pada...

Siasatan Kes CEO Cradle...

GEORGE TOWN - Siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle...

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris menempelak Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Katanya, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri adalah figura berprinsip, dihormati, berintegriti, benar dan berani serta pernah memegang beberapa jawatan penting di negara ini.

“Muhyiddin ialah bekas Perdana Menteri, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar serta beberapa portfolio menteri kabinet.

“Kamu siapa Fahmi? Sekadar berani atas kuasa menteri setahun jagung.

“Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar! Jangan semberono menuduh ikut sedap mulut,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Razali berkata demikian sebagai mengulas tindakan Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mengatakan ‘Muhyiddin sebar berita palsu’ menerusi hantaran di platform X, semalam.


Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Mengulas lanjut, Razali berkata kenyataan tegas dan berani dalam mempertahankan hukum serta agama Islam tidak akan sesekali dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, Fahmi sepatutnya dituduh dan bertanggungjawab mengenai maklumat keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang bocor serta disiarkan lebih awal oleh media Singapura.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu inkuiri atau tribunal dan memanggil Fahmi untuk menjawab mengenai kebocoran rahsia negara.

“Jelas, ini satu elemen kesalahan berkait rahsia besar negara. Menteri Komunikasi perlu bertanggungjawab dan melepaskan jawatan serta-merta,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori