• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Anggota PBB Terkorban Di Semenanjung Gaza Meningkat Kepada 158

oleh Mohd Arshad
17/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jumlah Anggota PBB Terkorban Di Semenanjung Gaza Meningkat Kepada 158
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian pekerjanya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang, lapor Agensi Anadolu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Sehingga 15 Februari, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai 158, termasuk dua kematian terbaharu sejak kemas kini terakhir UNRWA.

“Kini hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Oktober,” menurut agensi itu dalam laporan pada Jumaat.

UNRWA berkata, peningkatan serangan udara di bandar Rafah di selatan Gaza mencetuskan kebimbangan dari segi operasi kemanusiaan di situ.

Jumlah trak bantuan yang memasuki Gaza masih jauh di bawah sasaran 500 sehari, selain kesukaran untuk membawa bekalan melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) dan Rafah.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober dan sejak itu, sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh dan 68,552 yang lain cedera.

Serangan itu turut merosakkan atau memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan menyebabkan kekurangan barangan keperluan

Bernama-

Tags: Anggota PBBGazaterkorban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd