Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

13 Pendaki Sesat Terselamat

Kuala Kubu Bharu - Sekumpulan 13 pendaki terdiri daripada lapan lelaki dan lima...

Lawatan Presiden Perancis Tingkat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden...

MPS Berusaha Beri Keselesaan...

SIBU - Majlis Perbandaran Sibu (MPS) meminta orang ramai agar bersabar dengan segala...

Zon Larangan Merokok Akan...

KUALA LUMPUR - Peraturan larangan merokok akan diperluaskan di semua kedai makan dan...

Johor Cadang Sediakan Zon Khas Pusat Hiburan, Spa, Refleksologi Dan Urutan

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan supaya perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan termasuk karaoke di negeri ini ditempatkan di zon khas bagi memudahkan pemantauan dan kawalan dibuat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata langkah itu juga bertujuan menjarakkan lokasi perniagaan berkenaan yang ketika ini ada yang terletak berhampiran dengan penempatan penduduk.

Katanya, lokasi perniagaan berkenaan yang terlalu hampir dengan penempatan sering mendapat rungutan masyarakat yang tidak selesa.

“Kita mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat zon khas bagi menempatkan perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan termasuk karaoke supaya ia jauh dari penempatan dan tidak berada hampir dengan kawasan penempatan penduduk.

“Ini kerana PBT sering berhadapan rungutan dan aduan penduduk membabitkan perniagaan berkenaan yang terlalu hampir dengan penempatan sekali gus menyebabkan ketidakselesaan.

“Ia juga disebabkan ada kawasan PBT tertentu mengalami lambakan perniagaan seperti itu sehingga menyebabkan pembekuan lesen baharu terpaksa diambil.

“PBT dan majlis perbandaran mempunyai kuasa membekukan permohonan lesen baharu spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan termasuk karaoke bergantung kepada maklum balas ahli majlis masing-masing,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dilaporkan membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, refleksologi dan urutan, bermula hari berkenaan.


Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman, dilaporkan berkata semua pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif itu adalah secara menyeluruh bagi permohonan di rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau beli-belah dalam kawasan MBJB.

Katanya, ia berikutan lambakan kewujudan premis itu dengan 20 permohonan baharu diterima setiap bulan.

Dalam pada itu, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, zon khas perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan termasuk karaoke sudah dilaksanakan di kawasan Kulai.

Katanya, ia berikutan beliau sering menerima aduan dan rungutan penduduk bahawa perniagaan berkenaan berada terlalu hampir dengan penempatan mereka.

“Oleh itu di Kulai, zon khas perniagaan itu diwujudkan di kawasan komersial Bandar Indahpura bagi menempatkan perniagaan berkenaan.

“Sebenarnya setiap PBT dan majlis perbandaran ada jawatankuasa khas dianggotai agensi keselamatan bagi menentukan sama ada lokasi tertentu bagi pembukaan perniagaan jenis itu bersesuaian atau tidak terutama dari segi pemantauan.

“Jika ada bantahan termasuk dari penduduk dan agensi keselamatan, maka keputusan lesen perniagaan jenis itu boleh dikaji semula dan ditempatkan di lokasi lain,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori